Jumaat, November 19, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MAJLIS PERPISAHAN







Jamuan Akhir tahun dan majlis perpisahan Pn. Mariam bt. Abdullah yang bertukar sekolah.

Khamis, November 18, 2010

Majlis Korban





Ini merupakan Program Korban yang julung kali diadakan atas pakatanguru-guru dan staf SK Dato Klana Maamor dan SK Pendidikan Khas Seremban.Maklumlah berjiran.. umpama adik- beradik.
Guru-guru dan murid-murid bergotong-royong melapah dan memasak sup lembu untuk hidangan makan tengahari.Menunya ialah nasi putih, sup tulang , masak kicap daging dan sayur campur. Daging korban juga diagihkan kepada semua murid-murid yang hadir, guru-guru dan staf kedua-dua sekolah.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan program ini akan berterusan di tahun-tahun akan datang. InsyaAllah....

Selasa, November 16, 2010

MAJLIS KONVO PRA SEKOLAH DAN GRADUASI TAHUN 6 2010














Murid-murid tahun 6 sedang menerima sijil sempena Majlis Graduasi Tahun 6 2010.









Majlis konvo Pra Sekolah

Isnin, November 15, 2010

Kursus Dalaman KSSR


Guru-guru sedang menerangkan tentang KSSR


Guru-guru sedang khusyuk mendengar penerangan dari rakan-rakan ketika menjalani kursus dalaman KSSR.

Jumaat, November 12, 2010

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Kanak-Kanak sungguh meriah. Berbagai acara telah dirancang malangnya hari hujan. Maka aktiviti hanya boleh dibuat di dalam dewan.
Acara yang dirancang adalah
- Senaman Aerobik
-Sukaneka tahap 1 dan 2
-Persembahan murid


Murid-murid turut dijamu makan percuma oleh pihak kantin. Murid-murid juga diberi aiskrim , kuih, air kotak dan makanan ringan .
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengusaha kantin, kedai buku sekolah, Kedai photostate Ellen, Pn. Hajjah Rosiah bt. Ayub dan PIBG sekolah yang sudi memberi sumbangan untuk menjayakan majlis ini.Juga kepada guru-guru yang bersama-sama menjayakan majlis ini.

Khamis, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR

Ibu bapa , murid-murid dan guru-guru berdebar-debar menunggu keputusan UPSR 2010.
Tahniah kepada yang berjaya. Yang tidak berjaya jangan berputus asa. Jadikan ini satu pengajaran. Perjalanan kamu masih jauh. Tingkatkan usaha lagi. Baiki keputusan kamu di sekolah menengah nanti.